Saturday, October 10, 2009

Berita

Sukan
sumber berita harian

Zamri tak rela putih mata
Pelumba negara, Mohd. Zamri Baba masih belum mahu mengalah dalam kempen saingan kategori SuperSports 600cc, pusingan 4 kejuaraan motosikal Asia berlangsung di Litar Madras, India hujung minggu ini. Berbaki tiga pusingan dengan enam perlumbaan, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia itu percaya kedudukan mahkota juara masih lagi terbuka buat semua pelumba termasuk dirinya. Kini katanya, misinya di India adalah merapatkan jurang antara Chalermpol dan Decha yang sentiasa konsisten pada setiap pusingan di litar sebelum ini.

Serena iringi kakak mara pusingan tiga
New York: Juara bertahan, Serena Williams menyertai kakaknya, Venus dalam pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka AS dengan rentak garang membelasah Melinda Czink dari Hungary 6-1,6-1, awal pagi semalam. Sementara itu, Venus dengan kaki kiri berbalut menewaskan pemain AS, Bethanie Mattek-Sands 6-4,6-2 dalam saingan yang tampak lebih mudah berbanding dua hari lalu ketika bergelut menewaskan pemain Russia, Vera Dushevina.-Reuters
i
Bolt tidak sertai 100m Liga Emas
BRUSSELS: Juara pecut dunia, Usain Bolt tidak akan bertanding menentang pemenangpingat perak dunia, Tyson Gay dalam acara 100 meter di kejohanan siri keenam dan terakhir Liga Emas, hari ini.Gay bagaimanapun akan berdepan rakan senegara Bolt dari Jamaica dan bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell, yang menamatkan kejohanan dunia dengan pingat gangsa di belakang pelari AS itu.

Sunday, October 4, 2009

Saturday, October 3, 2009

BERITA

SEKILAS
Sumber Harian Metro
i
Ahli MT Kena Tumbuk Berkali-Kali
Port Dickson-Ketika berjalan menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran penyokong parti pembangkang, ahli Majlis Tertinggi UMNO- Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk berkali-kali. Dalam kejadian pukul 9.30 pagi,beliau bersama dengan Menteri Perdangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob ada di persimpangan jalan menuju ke dewan mengiringi calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd. Isa Samad.
i
Siswi Dua Alam
Kuala Lumpur-Di siang hari, penampilan mereka bak muslimah sejati tetapi apabila tirai malam dibuka, hilang segala tudung,baju kurung atau jubah yang dipakai dan perwatakan mereka berubah 100%. Ada yang 'kemaruk' berhibur di disco atau karaoke. Lebih mengejutkan, ada yang 'lemas' dalam pangkuan lelaki yang jauh lebih berusia tetapi berpoket tebal.
i
Anak Mati Tergantung
Kota Bharu-Seorang remaja berusia 15 tahun ditemui mati tergantung di rumahnya pada sekitar 8.00 malam. Mangsa, Mohd. Amin ditemui oleh keluarganya selepas kembali dari tempat berniaga. Mangsa disifatkan sebagai seorang yang ceria dan peramah oleh penduduk sekitar. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut.
i
SMS Selamat Nyawa
Padang- "Tolong! Saya terperangkap. Ada dalam rumah, tepi tangga" demikian yang ditulis oleh Johnson Chandra ketika menghantar SMS kepada bapanya-900 KM dari Padang, dimana gegaran gempa bumi berlaku.-Reuters
i
Bala Ekori Kami Dari Aceh
Padang-Sepasang suami isteri sekali lagi terpaksa berdepan dengan bencana alam selepas berpindah dari Aceh lapan bulan yang lalu. Gempa bumi sekuat 7.6 magnitud mengembalikan igauan buruk pasangan terbabit selepas kejadian tsunami yang mengorbankan 130000 orang pada 2004.-Reuters

POLITIK

Senario Politik Di Malaysia
Isu politik di Malaysia tidak pernah reda. Selepas tsunami politik yang melanda, pelbagai insiden yang berkaitan dengan politik terus meletus bagaikan gempa bumi yang mengegarkan negara kita. Walau apa jua isu yang dibawa, kita faham bahawa tujuannya cuma satu, membangunkan negara bangsa kita ini. Kemerdekaan baru berlalu, namun senario politik di Malaysia dilihat belum lagi 'merdeka'. Mungkin hakikat ini sukar untuk difahami oleh golongan masyarakat sekeliling, hanya orang-orang politik yang memahami apa agenda perjuangan mereka. Pemimpin bertengkar sesama sendiri, mungkin mereka lupa kita ini bangsa Malaysia, apa gunanya 1Malaysia jika pemimpin sendiri gagal menunjukkan sikap yang sepatutnya kepada masyarakat? Isu debat dalam dewan parlimen yang mulia dicemari dengan kata-kata cacian, mungkin mereka lupa budi bahasa itu budaya kita. Kita hanya insan biasa, punyai kelemahan namun kita ada akal untuk berfikir, bukannya emosi untuk ditunjukkan. Martabat bangsa dan kemajuan negara hanya akan berjaya sekiranya pemimpin berjaya meyakinkan masyarakat bahawa mereka berjuang untuk rakyat, bukannya perjuangan parti politik yang diwakili semata-mata. Kesilapan hari ini tidak bermakna anda silap selamanya, juga kebenaran hari ini mungkin adalah penipuan pada masa akan datang. Sebagai bakal pemimpin generasi yang akan datang, mungkin wajar untuk pemimpin kini mendengar apa yang mereka inginkan, kadang kala kita kena mendengar apa jua kritikan sekiranya kita ingin membuat anjakan paradigma dalam masyarakat demi memajukan negara, bukanya politik semata-mata. Kita juga harus melihat pencapaian yang diperolehi dari negara luar, bagaimana mereka mengecapinya bukan hanya melihat dari sudut negatif atau isu perkauman serta perang agama yang berlaku. Namun, bagaimana pemimpin memimpin masyarakat mereka agar bersatu hati dan berjaya mencapai tahap tertinggi di mata dunia. Kita harus berada di luar kotak fikiran kita untuk menjadi realistik, bukan kerana kita lupa asal usul, tetapi demi meningkatkan martabat bangsa kita setaraf dengan bangsa di negara-negara maju yang lain.

Sunday, September 20, 2009

DEDIKASI

Salam Syawal...

Ingatan kasih tulus ikhlas eksklusif dari kami,
krew-krew sakap-sakap ja ba ©

Sunday, August 23, 2009

TUGASAN (4) Audio and video on your blogs

Ada apa di kelas AK20303.....


Copyright © 2009 PORTAL BERITA sakap-sakap ja ba

Saturday, August 22, 2009

RENCANA

Different Between Google And Yahoo
The first thing to keep in mind is these are both big, wealthy sites who make money from advertising. Fortunately Yahoo and Google will return free results alongside the paid ads, but they still have some big differences in what comes up.

Each engine places different values on what matters the most. If we look closer here are the main differences from Google to Yahoo:

Google looks closely at a web page's text and also where it links to. It can tell a little better if the links make sense, and manages to filter out a lot of sites that have added fake or broken links just to try to get themselves on top of the search results.

Lots and lots of links to different sites need to be relevant - if they are links to unrelated sites Google won't rank it as highly as a page full of relevant links.
Yahoo will often include a page filled and overflowing with one particular word - again which the owner has repeated over and over to try to get themselves up to the top of the search results. Google realises that it's probably not the best article if it needs this to get there, and will sometimes remove it from the results shown to you.

Yahoo isn't quite so good at stopping "clone" sites appearing more than once. Ten sites all saying the same exact text isn't very useful to you, and Google tends to keep these out a bit better.

Overall, Google tends to supply general information results, and Yahoo's results tend to be a little towards the shopping side of things - even if those results aren't paid advertising for Yahoo.

So there you have it. There are technical scientific reasons of course, but the search engines guard these fiercely from our eyes. Which one you use comes down to personal preference. I prefer Google as it feels a little less biased, but a true shopaholic will love Yahoo. So enjoy whichever one suits you best.

TUGASAN (2) Tell the whole world what I, C, T and ICT are

Different between IT and ICT
IT (for the West) and ICT (for the developing world) are not only different acronyms (IT stands for information technology, ICT add communications to the mix) but very different challenges. In the west, communications technology are taken for granted due to their pervasiveness. In the developing world this is not the case. In many places, information technology such as computers and internet are being implemented alongside communications technologies. Thus, they are grouped together into one major concern, ICT development.

Part of the reason this is true is that traditional communications technology in the west are dependent on heavy-duty infrastructure requirements. There is a vast network of physically wired networks, a grid that spreads across the West. This network was the basis of all communications technology (except for satellite) in the west until very recently. It is still the basis of most western communications technology. The infrastructure was paid for by amortizing the cost over decades, and funded by state-run monopolies (the Bells).

On the other hand, most developing nations never developed such an infrastructure of wires. It is very expensive and easily destroyed by various human and natural forces. The cost of building out such a network is in the billions. Thus, with the advent of the cell phones, a dramatic change was seen, in which cell-phone penetration in the developing world matched or even exceeded the West.

Compared traditional physical communications infrastructure, cell phone deployments are inexpensive and sturdy. Cell phone towers are small, enclosed, and can be run off the electricity grid using generators. Thus a recent advance in this wireless communications technology enabled a dramatic improvement in the availability of telecommunications.

In this way and in many other ways, ICT development (unlike IT) intrinsically includes bringing communications technology, like telephony, to places that never had it before.

Friday, August 14, 2009

RENCANA

Isu Pti di Sabah : Mana Noktahnya?
Pada hakikatnya, penduduk di negeri Sabah masih lagi mencari titik noktah kepada masalah kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah yang seakan-akan barah yang akhirnya menjadi tokak yang perlu dibuang begitu sahaja. Di sebalik kesibukan bandar raya Kota Kinabalu, warga Filipina yang bukan sahaja datang “bertamu” di negeri Sabah tetapi juga secara tidak langsung telah mengundang kepada masalah peningkatan masalah sosial seperti mencuri, melacur dan sebagainya. Menurut jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan sebanyak 614824 pendatang asing tanpa izin telah menjadikan negeri Sabah sebagai “rumah kedua” mereka dan hal ini berlaku kerana kedudukan negeri Sabah yang bersebelahan dengan negara Filipina telah memudahkan laluan bagi mereka untuk masuk ke sini sama ada dengan cara halal atau haram untuk mencari pekerjaan seperti dalam sektor perniagaan, pembinaan dan pengangkutan.

Kesan negatif utama yang dihadapi oleh penduduk tempatan sehingga kini adalah kewujudan kawasan setinggan yang lebih dikenali sebagai “Kampung Air”. Kawasan lain seperti Kampung Likas, Kampung Sembulan dan kawasan Sepanggar yang berhampiran dengan sungai dan laut dianggap menjadi kawasan penempatan yang selamat bagi mereka untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa sekiranya diadakan operasi “Ops Nyah”. Pada dasarnya, kawasan setinggan ini dibina di atas tanah milik kerajaan Sabah secara haramdan tanpa tunduk kepada undang-undang negara Malaysia, mereka berani untuk bertindak membuat sambungan plag kepada tempat-tempat yang berhampiran dengan kawasan setinggan tersebut hanya demi mendapatkan bekalan elektrik dan air secara percuma.


Selain itu, kemasukan pendatang asing ke Kota Kinabalu juga telah menyebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah terutamanya dalam kegiatan jenayah berat. Perlakuan jenayah ini bermula di Kampung Air dan kawasan setinggan kerana kawasan ini menjadi “sarang” yang strategik untuk menjalankan modus perandinya kerana jauh dari mata pandangan rakyat tempatan dan pihak berkuasa serta memudahkan mereka untuk meloloskan diri dengan menggunakan jalan air. Antara jenayah berat yang berlaku adalah pengedaran dadah. Bekalan dadah ini diperolehi dari negara asal mereka dan kemudian dijual kepada pendatang asing serta kepada orang tempatan. Stok dadah yang dibawa juga adalah dalam kuantiti yang banyak sehingga mencecah jutaan ringgit.
Di sekitar Kota Kinabalu juga terutamanya Kampung Air terkenal dengan kegiatan pelacuran. Kebanyakan pelacur pendatang tanpa izin adalah berusia dalam lingkungan 15-30 tahun. Pelanggannya bukan sahaja pendatang asing sendiri malah lebih memalukan lagi apabila rakyat tempatan juga tidak terlepas untuk melanggan pelacur di Kampung Air bagi mendapatkan khidmat seks yang ditawarkan. Bayaran yang dikenakan adalah sekitar RM50 dan ke atas bergantung kepada pelanggan yang membayarnya. Menurut kajian, pelacur-pelacur ini disuruh dan dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk melacur dan sesetengahnya memang memilih menjadi pelacur sebagai sumber pendapatan utama.


Selain daripada pelacuran, Kampung Air juga menjadi sarang ‘Mak Nyah’ atau pondan menjalankan kegiatan terkutuk mereka. Penularan kegiatan ini telah menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit yang merbahaya seperti penyakit HIV dan AIDS serta penyakit kelamin seperti sifilis. Kebanyakan pendatang asing, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Oleh yang demikian, mereka melakukan jenayah seperti memukul, meragut dan merompak sebagai pekerjaan sampingan dan kebanyakan mangsa mereka adalah golongan wanita, warga emas dan pelajar.


Kemasukan pendatang asing ke Kota Kinabalu juga telah menyebabkan kadar perkahwinan campur dan perceraian meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, pendatang asing yang masuk Sabah biasanya akan berusaha untuk mendapatkan hak kewarganegaraan dan hanya mudah diperolehi jika mereka berkahwin dengan penduduk tempatan. Pendatang asing ini akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk memikat gadis tempatan supaya berkahwin dengannya. Setelah berkahwin, mereka akan meminta hak kewarganegaraan mengikut syarat yang ditetapkan oleh undang-undang. Setelah mendapat hak itu, pendatang asing ini akan membuat pelbagai masalah dan kerenah serta meninggalkan keluarganya sehelai sepinggang sehingga menyebabkan anak-anak hasil perkahwinan mereka terbiar dan nasib isteri tidak terbela.

Selain itu, bagi pendatang asing tanpa izin yang berkahwin dengan wanita tempatan akan menghadapi masalah memberi status kewarganegaraan anak-anak mereka. Hal ini mengakibatkan anak-anak tersebut tidak dapat dihantar ke sekolah dan tidak mendapat hak-hak keistimewaan warganegara yang lain. Hal ini telah menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Kesannya, anak-anak ini akan menyumbang kepada permasalahan kanak-kanak jalanan dan masalah sosial yang lain. Kebanyakkan kanak-kanak jalanan ini berkeliaran di Pasar Besar Kota Kinabalu dan golongan ini lebih dikenali sebagai ‘KK Street Kids’ oleh penduduk tempatan.

Tuntasnya, isu masalah pendatang tanpa izin di Sabah haruslah dibendung bersama-sama oleh semua entiti masyarakat Malaysia agar kita tidak menggigit jari pada masa akan datang apabila negara kita ditakluki oleh mereka bukan sahaja dalam aspek ekonomi dan sosial tetapi juga mungkin dalam aspek pucuk pimpinan negara.

By: Richard Chai


Tuesday, August 4, 2009

BERITA UMS

31 JULAI 2009, KOTA KINABALU: Kolej Kediaman E telah menganjurkan Program Motivasi@E yang membawakan penceramah terkemuka tanah air iaitu Yang Berbahagia Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula pada pukul 8.30pm hingga 11.30pm. Tajuk yang dikupas adalah "Lautan Ilmu Di Minda Mahasiswa", tetapi sebenarnya diskusi yang telah di bawa oleh Dato Fadzilah pada malam itu lebih dari lautan ilmu, bukan sahaja di minda mahasiswa, tetapi juga sebagai insan yang perlu tahu apa sbenarnya kehidupan yang sebenar dalam menongkah arus yang mendatang.

Antara perkara yang dibangkitkat ialah menegenai "jangan melawan fitrah". kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20% sahaja orang Islam yang bersolat lima waktu, oleh itu, motivasi mengajak muslimin dan muslimat serta hadirin yang datang agar mentaati ajaran agama masing-masing lantaran akan mendapt keredhaan daripada Tuhan.Banyak lagi perkara-perkara yang dimotivasikan, walaupun kadangkala penulis merasakan motivasi agak kurang sopan, seperti cara membuang air besar dan kecil dengan betul,perlakuan dengan suami dan isteri, dan sebagainya, namun perkara seperti itu telah membuka minda penonton dengan lebih ke arah kehidupan yang sempurna, natural, dan sihat yang sebenar.

Acara berlangsung selama dua hari iaitu hari pertama ceramah motivasi di Dewan Canselor, pada keesokan harinya pula, bengkel motivasi di Galeri Canselori. Hari kedua bengkel lebih menarik kerana para peserta dapat beramah mesra bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dengan lebih dekat lagi memandangkan bilangan peserta adalah terhad dan eksklusif. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada pengarah program motivasi@E, saudari Siti Mahyuni Asgari bersama felo penyalaras, En. Norlaji serta ahli jawatankuasa yang lain kerana bertungkus lumus menjayakan program ini.

Dato. Dr. Hj. Mohd. Fadzilah kamsah ketika menyampaikan ceramah

Hari kedua, bengkel motivasi@E bertempat di Canselori

Sesi fotografi dan autograf

Copyright © 2009 PORTAL BERITA sakap-sakap ja ba

Friday, July 31, 2009

TUGASAN (5) Tugasan Tutorial A (Individu)

ICT

Oleh : Nurhafizah Husin

“Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), usaha gigih diambil untuk menyediakan landasan yang lebih kukuh bagi membolehkan negara beralih ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Menjurus kepada matlamat ini, tumpuan diberikan kepada usaha menggalakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup penduduk.”

- Bab 5, Rancangan Malaysia ke-9

Kemahiran teknologi, maklumat dan komunikasi.

  1. Kebolehan mengamalkan persekitaran stesen kerja komputer secara efisien
  2. Kebolehan mengurus fail elektronik
  3. Kebolehan menggunakan Internet dengan berkesan
  4. Kebolehan menggunakan teknik yang berkesan semasa melakukan penyelidikan elektronik
  5. Kebolehan menghasilkan dokumen menggunkan perisian pemproses kata ( seperti Microsoft Word), perisian hamparan (seperti Microsoft Excel), menghasilkan jadual, query, borang dan menggunakan perisian pangkalan data (seperti Microsoft Access) dan menghasilkan dokumen persembahan menggunakan perisian persembahan (seperti Microsoft Powerpoint)
  6. Kebolehan menghasilkan penerbitan menggunakan perisian penerbitan meja (Microsoft Publisher)
  7. Kebolehan mengamalkan teknologi maklumat secara sahih dan beretika.

ICT adalah frasa untuk menghuraikan berbagai teknologi untuk pengutipan, penyimpanan, mendapatkan semula, pengolahan, menganalisis dan menghantar maklumat. Kemajuan dalam ICT secara progresif telah mengurangkan kos bagi mengurus maklumat, membolehkan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan menjalankan maklumat berkaitan banyak kerja dengan lebih efisien dan memperkenalkan inovasi-inovasi dalam produk ,proses dan struktur-struktur organisasi.

ICT menghuraikan cara-cara menarik dan inovatif untuk menyediakan kita dengan capaian global kepada maklumat, pembelajaran dan sokongan. Sistem maklumat yang lancar berkait dengan sistem pembelajaran, ini bertambah menarik dengan menggunakan dan pengurusan ICT dalam perkongsian dengan orang awam dan sektor-sektor swasta untuk menjana pendapatan dan membantu pembangunan serantau.

ICT adalah penggunaan sistem-sistem maklumat berasaskan komputer dan sistem-sistem komunikasi untuk diproses, dikirim dan menyimpan data dan maklumat. Sejak sistem maklumat bergantung pada mikropemproses, tempoh dipendekkan kepada mereka dalam mempelajari teknologi maklumat ini. Ianya merangkumi semua bentuk teknologi yang digunakan bagi mencipta, menyimpan, penukaran dan menggunakan maklumat dalam pelbagai bentuknya(data perniagaan, suara perbualan-perbualan, imej-imej, gambar-gambar bergerak, multimedia persembahan-persembahan dan bentuk-bentuk lain. Ianya membawa kepada “revolusi maklumat”.

Fungsi ICT - Pencarian maklumat

Pe Penyelidikan dan pembelajaran

Ianya merupakan sumber yang baik untuk berita

Untuk melengkapkan tugasan.

Untuk mengemaskini data dan maklumat.

Untuk belajar bagaimana menggunakan komputer dengan lebih baik.

Untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Untuk mencari artikel dan rujukan.

Dapat mengetahui apa yang terjadi di seluruh dunia.

Ak Akses yang mudah kepada hiburan

Ianya senang, menyeronokkan, boleh bermain games dan menemui benda-benda baru yang menyeronokkan.

KoKomunikasi dan interaksi sosial

Untuk berhubung dengan orang lain, untuk mencari kawan, email dan berjumpa dengan kawan-kawan baru dari dalam dan luar negara.

Se Sesuatu boleh dilakukan apabila boring

Untuk hiburan, untuk melihat-lihat. Ianya memberikan kita sesuatu untuk dilakukan.

Ak Akses kepada material

Tidak perlu mencari bahan di perpustakaan dan ianya tidak menyusahkan.

Untuk memuat-turun perisian dan bahan-bahan lain secara percuma.

Pr Produk maklumat dan sokongan teknikal.

Tr Transaksi pengguna

Untuk membeli-belah. Melihat muzik dan maklumat konsert, untuk mendapatkan bunyi, gambar atau animasi untuk projek.

Kenapa ICT?

Perkhidmatan yang terbaik

Kos efektif dan efisien

Memperbaiki reputasi

Penyertaan terbaik orang ramai dalam kerajaan

Kepemimpinan

Friday, July 24, 2009

RENCANA

Pendidikan Wujudkan Migrasi

Oleh: Suzana Binti Mustapha
Dasar pendidikan negara di Malaysia semakin mantap saban hari dengan kepelbagaian dasar baru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Keperluan taraf pendidikan yang semakin tinggi bagi memenuhi pasaran pekerjaan pada masa kini juga mempengaruhi kepesatan jumlah penduduk terutama di kawasan bandar-bandar besar. Dinyatakan bahawa 25% daripada jumlah penduduk di bandar raya Kuala Lumpur adalah terdiri daripada golongan belia atau lebih khususnya adalah pelajar. Oleh itu, keperluan pendidikan merupakan faktor kepada berlakunya migrasi ke bandar seperti Kuala Lumpur.

i
Migrasi luar bandar ke bandar bagi golongan belia khususnya, berlaku disebabkan oleh faktor pendidikan. Aspek ini merangkumi pendidikan tahap menengah dan peringakat tertiari. Walau bagaimanapun, tumpuan utama adalah kepada pendidikan peringkat tertiari iaitu taraf pendidikan tinggi yang melibatkan graduan mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang profesional. Migrasi luar bandar ke bandar wujud kerana faktor lokasi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kebanyakannya terletak di kawasan bandar misalnya seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Merujuk kepada matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah daripada negara maju menjelang tahun 2020 juga adalah berasaskan kepada sistem pendidikan negara. Kepentingan matlamat ini juga berkenaan dengan pembangunan sumber manusia bagi melahirkan modal insan yang bakal menerajui kepimpinan negara. Hal ini kerana dasar pendidikan mampu mewujudkan modal insan yang berkualiti. Pembangunan sumber manusia adalah bertujuan untuk memperbaiki kualiti pendidikan terutama kepada golongan belia dan telah mewujudkan persaingan kepada mereka bagi mendapatkan tempat di IPTA dan IPTS.

Sistem pendidikan di IPTA dan IPTS banyak menawarkan program yang berasaskan teknologi, pengetahuan dan kemahiran. Lebih banyak peluang pendidikan yang diwujudkan bagi menampung jumlah belia, maka semakin bertambah juga jumlah penduduk di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, peluang pendidikan ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat iaitu bukan sahaja kepada golongan belia malahan juga kepada golongan yang bekerja bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan yang sedia ada.

Walaupun sedemikian, tahap kemiskinan yang membelenggu kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar juga merupakan faktor kepada berlakunya migrasi ke bandar. Memetik kata-kata daripada mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), “jurang pendapatan dan kekayaan tetap wujud terutamanya antara kaum dan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar.” Antara alasan kepada keadaan seumpama ini berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya aspek pendidikan dalam kalangan penduduk luar bandar. Sejurus itu, keadaan sedemikian telah mendorong belia untuk mendapatkan taraf pendidikan yang lebih tinggi dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA yang kebanyakan terdapat di bandar. Ia juga sekali gus mewujudkan migrasi dari luar bandar ke bandar yang mengakibatkan peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.

Selain daripada tahap kemiskinan yang mendorong belia untuk meneruskan pendidikan yang lebih tinggi, terdapat juga tawaran pasaran pekerjaan yang mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan yang diceburi menjadikan belia tertumpu di kawasan bandar sahaja. Para belia biasanya akan mencari serta mengisi peluang pekerjaan di bandar mengikut taraf pendidikan yang dimilki sejurus selepas menamatkan pengajian kerana pasaran pekerjaan di bandar banyak menawarkan program yang berasaskan kepada perkhidmatan yang memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Di sini akan memperlihatkan fenomena bandar dimana jumlah penduduk yang sedia ada bertambah kepada jumlah penduduk yang lebih ramai lagi kerana dipengaruhi oleh faktor graduan yang mendapatkan pekerjaan berdasarkan taraf pendidikan yang dimiliki. Hal ini merupakan penyebab utama kepada pertambahan penduduk yang semakin pesat di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.

Dapat dinyatakan bahawa pendidikan adalah faktor penting kepada berlakunya migrasi luar bandar ke bandar. Demi mendapatkan sebuah kehidupan yang selesa, pendidikan yang tinggi adalah perlu bagi mendapatkan pekerjaan yang mampu memberi sedikit perubahan daripada kehidupan yang sebelumnya. Selain itu juga, seruan daripada kerajaan bagi mencapai matlamat negara menjadikan pendidikan sebagai salah satu cara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Keseluruhan daripada gabungan pelbagai aspek berkenaan merupakan penyumbang kepada kewujudan migrasi luar bandar ke bandar oleh golongan belia berdasarkan faktor pendidikan dan seterusnya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.

Rujukan:http://www.utusan.com.my/

Monday, July 20, 2009

RENCANA

Guru Di Pedalaman: Cabaran dan Tanggungjawab
Posted by: Av-Christya J.D.M

..Ketika orang lain masih nyenyak tidur, beliau pula terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi dan mandi di perigi yang dikelilingi dengan kelapa sawit. Tanpa mengeluh, beliau bersiap dan memandu sejauh hampir 50 km setiap hari meredah jalan yang tidak berturap dengan keadan fizikal geografinya pula yang berbukit-bukau. Begitulah rutin seharian seorang guru besar yang sanggup meredah semua halangan demi tanggungjawap yang telah diamanahkan oleh kerjaan dan bangsa jauh di zon Trusmadi, sebuah sekolah di pedalaman Keningau yang terletak kira-kira 200km dari pusat Bandar, ini kerana sekolah tempat beliau bertugas tidak mempunyai rumah guru yang mencukupi untuk menampung keperluan tempat tinggal guru-guru yang bertugas di sana dan terpaksa berkorban untuk tinggal di rumah kebun apatah lagi kerana kemudahan asas lain seperti bekalan air dan elektrik belum tiba. Untuk berhubung dengan keluarga beliau terpaksa berjalan jauh semata-mata untuk mencari ‘line’ bagi menghubungi keluarga, menggunakan email jauh sekali kerana kemudahan internet sukar diperolehi..

Isu guru di pedalam bukanlah perkara asing bagi semua masyarakat di Malaysia namun sejauh manakah masyarakat mengetahui bertapa payah guru-guru di pedalaman ini berjuang hidup demi untuk mendidik masyarakat bangsa tercinta? Ketika sedang melayari internet untuk mencari bahan tugasan, saya terbaca komen seorang individu yang mengatakan bahawa “Guru sekarang mana boleh harap, guru sekarang guru mengira duit”. Demikianlah yang ditulis oleh individu tersebut berikutan timbulnya isu pemberian elaun khususnya untuk guru-guru di pedalaman. Sehingga hari ini ibubapa saya termasuk beberapa orang saudara mara telah berkhidmat di pedalaman sejak berpuluh tahun. Saya mengerti dan faham akan kesusahan guru-guru yang berada di kawasan pedalaman ini.Walaupun elaun diberikan namun kos sara hidup guru di pedalaman adalah sangat tinggi berbanding di tempat lain.Tidak semua guru yang sanggup berkhidmat di pedalaman dan kita harus bersyukur kerana ada yang sanggup untuk meninggalkan keluarga jauh dari pandangan mata hanya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawap mereka sebagai pendidik. Jadi wajarkah masyarakat menuduh guru mata duitan lantaran pemberian elaun yang wajar diterima oleh kaum guru malah lebih dari itu pada hakikatnya?

Mungkin masyarakat tidak mengetahui bahawa kebanyakan guru-guru yang bertugas di pedalaman ini terpaksa berhempas pulas menyesuaikan diri di pedalaman. Ada yang terpaksa berjalan kaki hampir empat hingga enam jam untuk tiba ke kawasan sekolah dengan melalui jalan balak. Ada pula yang terpaksa menyeberangi sungai dan menongkah arus tidak kira hujan mahupun panas semata-mata untuk mendidik anak bangsa yang jauh terasing dari kepesatan pembangunan. Untuk masuk dan keluar dari kawasan sekolah juga memerlukan kos yang tinggi kerana guru-guru terpaksa membayar tambang yang mahal sehingga mencecah tiga angka termasuk mengupah penduduk kampung untuk mengangkat bekalan barangan makan yang dibeli untuk tempoh beberapa bulan kerana kesukaran untuk keluar mendapatkan bekalan makanan segar. Ini termasuklah ketika mereka terpaksa keluar dari sekolah untuk berurusan di pejabat, berkursus mahupun atas faktor kesihatan. Ini belum lagi melibatkan kos minyak guru-guru yang mempunyai kenderaan untuk masuk ke dalam kawasan pedalaman. Tidak semua tuntutan pembayaran boleh dituntut apatah lagi jika ianya berkaitan dengan urusan peribadi.

Cabaran yang paling berat adalah apabila mereka terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang penuh dengan adat resam, adakalanya betentangan dengan anutan agama yang dipegang. Bayangkan bertapa mereka harus menjaga hati penduduk kampung yang tidak dikenali sekaligus menjaga tuntutan agama yang dipegang. Tahukah anda bahawa kebanyakan penduduk di pedalaman akan mengadakan upacara sambutan mengikut adat resam mereka bagi menyambut guru-guru yang tiba? Bukan itu saja, bayangkan pula kehidupan seharian mereka yang begitu terasing di bumi sendiri. Selain itu masalah komunikasi juga boleh berlaku. Mungkin benar murid-murid sudah boleh bertutur dalam bahasa melayu tetapi bagaimana pula dengan ibubapa pelajar yang tidak pernah berhubung dengan orang luar apatah lagi belajar mengeja dan membaca? Apa lagi jika timbul masalah salah faham akibat salah cara berkomunikasi lantaran latar pendidikan yang berbeza. Disini guru-guru pula yang terpaksa memainkan peranan untuk belajar bertutur bahasa etnik kaum yang diajar demi mengelakkan masalah seperti ini berlaku.

Sesetengah masyarakat juga turut beranggapan bahawa tugas guru sangat mudah kerana berkhidmat hanya setengah hari sahaja. Tetapi bagi keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang bertugas sebagai seorang guru tentu bersetuju bahawa tugas guru tidak berakhir pada pukul 1 petang tetapi pada pukul 10.00 malam terutama yang memberikan kelas tambahan dan memeriksa buku atau latihan yang diberikan kepada pelajar. Terlalu banyak kepayahan yang dihadapi oleh para guru sehingga sukar untuk diluahkan dengan kata-kata dan tulisan. Sebagai masyarakat kita sepatutnya menyokong mereka dan bukannya menjatuhkan mereka kerana tanpa guru,tiadalah pemimpin pada hari ini dan tanpa guru kita tidak mungkin menjadi siapa diri kita pada hari ini. Fikir-fikirkanlah, jangan hanya tahu menunding jari tapi tidak mengetahui apa-apa mengenai keperitan yang mereka alami kerana tanpa guru gelaplah masa depan Negara.
Copyright © 2009 PORTAL BERITA sakap-sakap ja ba

TUGASAN (5) Tugasan Tutorial A (Individu)

Posted By: Suzana Binti Mustapha
This area of the site refers to the TTA publications - The Use of Information and Communications Technology in subject teaching, Identification of Training Needs - Primary and Secondary English. Speed and Automatic functions - using ICT allows teachers to demonstrate, explore or explain work effectively; it allows routine tasks to be completed and repeated quickly.

Capacity and Range - Teachers and pupils can gain access to a wide range of information; they can use CD ROMs, the Internet, they can contact experts outside the classroom, the school and the community, this also covers the wide range of ways in which ICT can be used to present information.

Provisonality - This function allows work to be changed easily; saving work at different stages allows a record to be kept.

Interactivity - This allows children to explore areas which would otherwise not be available to them; they can communicate with others and present information effectively in different ways and for different audiences. They can get responses and feedback quickly.

TUGASAN (5) Tugasan Tutorial A (Individu)

Oleh: Richard Chai

Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi

Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) menjadi semakin pesat bahkan setiap masa diperkenalkan pelbagai inovasi terbaru dalam bidang ini. Perkembangan ini harus dipandang secara serius oleh dunia pendidikan termasuklah masyarakat, kerana semua entiti masyarakat tidak boleh ketinggalan dari kemajuan teknologi yang telah dikuasai oleh negara-negara lain, sehingga kajian mutu dan alat bantu pengajaran harus selaras dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT).

Fungsi teknologi informasi dan komunikasi adalah seperti :
* Melaksanakan lintas langsung iaitu kaedah “tanpa wayar”
* Fungsi yang automatik
* Kapasiti dan keluasan untuk mencari maklumat
* Saluran informasi
* Interktif

TUGASAN (5) Tugasan Tutorial A (Individu)

Posted by : Mohd. Safwan bin Sawi BA08110061
ICTs are increasingly playing an important role in organizations and in society's ability to produce, access, adapt and apply information. They are being heralded as the tools for the post-industrial age, and the foundations for a knowledge economy, due to their ability to facilitate the transfer and acquisition of knowledge {Morale-Gomez and Melesse, 1998}. These views seem to be shared globally, irrespective of geographical location and difference in income level and wealth of the nation. ICT may not be the only cause of changes we are witnessing in today's business environment, but the rapid developments in ICT have given impetus to the current wave of globalization.

While trans-national corporations are reaping huge profits from the flexibility and opportunities offered by globalization, the level of poverty in the world is growing. At least, 2.8 billion people in the world, that is 45% of the world population, are living on less than $2 a day {Stigliz 2002}. Africa in particular is hit by the growth of poverty and economic crisis. The use and production of ICT plays an important role in the ability of nations to participate in global economic activities. Apart from facilitating the acquisition and absorption of knowledge, ICT could offer developing countries unprecedented opportunities to change educational systems, improve policy formulation and execution, and widen the range of opportunities for business and for the poor. It could also support the process of learning, knowledge networking, knowledge codification, teleworking, and science systems. ICT could be used to access global knowledge and communication with other people. However, over major parts of developing countries ICT is available only on a very limited scale, and this raises doubts about developing countries' ability to participate in the current ICT-induced global knowledge economy.
There has also been concern that this unequal distribution of ICT may in fact further contribute to the marginalization of poor countries in relation to developed countries, and to disruptions of the social fabric. Hence, one can conclude that the concept of 'digital slavery' is inevitable for developing countries as far as ICT is concerned. The wide gap in the availability and use of ICT across the world, and the influences ICT exerts on globalization, raise questions about whether globalization entails homogeneity for organizations and societies in developing countries. It also raises questions about the feasibility and desirability of efforts to implement the development of ICT through the transfer of best practices from western industrialized countries to developing countries, and whether organizations can utilize ICT in accordance with the socio-cultural requirements of the contexts {Walshan, 2001}.
Information and Communication Technology development is a global revolution. It has become a subject of great significance and concern to all mankind. Relevant studies have shown that the greatest impact of the ICT revolution will revolve around the 'Digital Divide' equation. The most important aspect of the ICT challenge is the need to plan, design and implement a National Information Infrastructure (NII) as the engine of economic growth and development.
reference

TUGASAN (5) Tugasan Tutorial A (Individu)

Posted by: Av-Christya Joacim @ Duakin
What is ICT?

Information and Communication Technology is defined in the document "Interactive Education: An Information and Communication Technologies Strategy for Schools" (Ministry of Education, 1998) as:

~"Information Technology (IT) is the term used to describe the items of equipment (hardware) and computer programs (software) that allows us to access, retrieve, store, organise, manipulate and present information by electronic means…". Examples include: scanners, computers, projection equipment (hardware) and database, spreadsheet, and multimedia software programs (software).
~"Communication Technology (CT) is the term used to describe telecommunications equipment through which information can be sought and accessed…". Examples include; facsimile (fax) machines, teleconference phones, and modems.
Information and communication technologies (ICT) is an umbrella term that covers all advanced technologies in manipulating and communicating information. The term is sometimes used in preference to information technology (IT), particularly on these two communities: education and government. The common usage ICT is synonymous assumed the fact that IT or ICT encompasses all mediums, to record information (magnetic disk/tape, optical disks (CD/DVD), flash memory etc. and arguably also paper records); technology for broadcasting information - radio, television; and technology for communicating through voice and sound or images - microphone, camera, loudspeaker, telephone to cellular phones. It includes the wide varieties of computing hardware (PCs, servers, mainframes, networked storage). Rapidly it develops personal hardware market the comprises mobile phones, personal devices, (MP3, MP4, MP5 and MP6) players, and so much more. The full gamut of this application software, from the smallest home-developed spreadsheet to the largest enterprise packages and online software services; and the hardware and software needed to operate networks for transmission of information, again ranging from a home network to the largest global private networks operated by major commercial enterprises and, of course, the Internet. Thus, "ICT" makes more explicit that technologies such as broadcasting and wireless mobile telecommunications are included.
The Function Of ICT?
ICT may not survive in its present form for long. Sooner than later, developing countries would get over the PC mania prevalent now, unless there is a remarkable change in the economy of having a desktop PC. Any technology that requires the masses to own a PC, in its present form, to access information is unlikely to be successful in the foreseeable future. Possibilities appear to exist, however, in the mobile phone technology, which is fast becoming very affordable by the masses, is voice based and can be integrated with the Information Technology at the server end of a computer network. For example, in the field of education [1] People can ask questions through a mobile phone, a database of answers to such questions can be generated using these technologies. Currently what is in Wikipedia and call centers and the text in these databases could be converted into voice, by developing text to voice technologies in the various languages. The person seeking information can be informed when answers are available and better answers sought based on his/her feedback. The emerging 3G and 4G mobile phone technologies can indeed facilitate such developments. An alternative technology could be to integrate the mobile phone with the television screen, so that visual information can be viewed easily. Similarly, there is a possibility for developing interactive radio, on the lines of interactive TV.

Sunday, July 19, 2009

BIODATA

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia. Terima kasih atas kesudian anda melayari blog sakap-sakap ja ba. Untuk pengetahuan anda, blog ini terdiri daripada lima orang krew iaitu Safwan, Richard, Av Christiya, Nurhafizah, dann Suzana yang juga merupakan pelajar HA02 Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sakap-sakap ja ba ni ditubuhkan bertujuan untuk menyampaikan pelbagai maklumat disamping memenuhi salah satu kriteria atau pelengkap tugasan AK20303 Teknologi Maklumat.

Sebagai pelajar HA02, blog merupakan wahana terbaik bagi melatih penulisan kami sebagai penulis atau wartawan kelak disampaing menjadi penyampai maklumat buat tatapan semua lapisan masyarakat. Sakap-sakap ja ba ini juga bukanlah penulisan cakap-cakap kosong tetapi merupakan wadah bertukar-tukar pandangan serta penulisan berinformasi dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk berita, rencana, dan sebagainya disamping membentuk warga Malaysia yang berilmu dan bersatu padu.
Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan secara percuma, sukarela atau freelance dalam bidang komunikasi seperti penulisan berita, rencana, pengacaraan, iklan audio (jingle, capsule, sweeper, etc) dan sebagainya (*tertakluk kepada terma dan syarat) di bawah bimbingan pensyarah-pensyarah komunikasi sebagai latihan kami sebelum melangkah ke dunia penyiaran yang lebih mencabar.
Oleh yang demikian, sebarang komen, pendapat, bimbingan, kritikan yang membina, dan sebagainya amatlah dialu-alukan agar kami sentiasa memperbaiki kelemahan dan memberikan informasi terbaik buat anda.
Tak kenal, maka tak cinta. Sudah kenal, tak semestinya bercinta.

KREW-KREW SAKAP-SAKAP JA BA :

Nama : Mohd. Safwan bin Sawi
Panggilan : saFf
No. Matrik : BA08110061
E-mail :
safwansawi@yahoo.com
Asal : W.P. Labuan
Facebook : shakespears william

Tagline : Profesional



Nama : Av-Christya Joacim @ Duakin
Panggilan : Av
No Matrik : BA08160330
E-mail :
av_christya@yahoo.com
Asal : Keningau, Sabah

Friendster/Facebook :
av_christya@yahoo.com
Tagline : Menuju kejayaan




Nama : Richard Chai
Panggilan : Rc
No. Matrik : BA08110197
Email : richai88@yahoo.com
Asal : Sabah
Tagline : Etika



Nama : Nurhafizah Bt Husin
Panggilan : BB
No Matrik : BA08110065
E-mail :
bhafizza@yahoo.com
Asal : Sabah





Nama : Suzana Bt Mustapha
Panggilan : Nana
No Matrik : BA08160272
E-mail :
Iq_nana88@yahoo.com
Asal : Kuching, Sarawak
Friendster :
Iq_nana88@yahoo.com

Tagline : Menyingkap wacana


Copyright © 2009 PORTAL BERITA sakap-sakap ja ba

Sunday, July 12, 2009

BERITA UMS

Malam Seni Bahasa 2009
“Bahasa Teras Pembentukan Bangsa Malaysia”.

Oleh Mohd. Safwan Bin Sawi
safwansawi@yahoo.com

KOTA KINABALU: Marcapada ini, bahasa terus menjadi isu hangat dalam sistem pendidikan negara. Sementelahan itu, Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa rasmi negara sering dicabar kedaulatannya dalam pembentukkan sebuah bangsa Malaysia oleh sesetengah pihak. Maka, sebagai mahasiswa yang prihatin, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (MPPUMS) telah mengambil inisiatif dalam menyemarakkan lagi keutuhan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan melalui program “Malam Seni Bahasa 2009” yang telah pun berlangsung pada Sabtu lepas, bermula pada jam 8.00pm bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Acara telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Prof Madya. Dr. Shariff Abdul Kadir S.Omang, Pemangku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS. “Program sebegini telah mengimbas kembali sejarah kemerdekaan Malaysia dan juga penubuhan Akta 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang bertujuan membentuk sebuah identiti perpaduan bangsa Malaysia itu sendiri selaras dengan Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian tersebut. “Malangnya, acara seperti hiburan, nyanyian, konsert dan sebagainya selalunya mendapat sambutan hangat di kalangan remaja kini. Program-program berbentuk ilmiah seperti ini jarang-jarang sekali kita lihat mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun saya berasa amat gembira, pada Malam Seni Bahasa ini ternyata sambutan begitu amat menggalakkan.” tambahnya lagi.


Pelbagai persembahan disajikan pada malam itu antaranya, persembahan tarian Daling-daling oleh kumpulan kebudayaan Sekolah Pengajian Seni (SPS) UMS, sketsa “Muhibbah” dari Grup Teater Lab (G-Tel) UMS, dan nyanyian perpaduan oleh kumpulan Karya Charma. Persembahan sketsa oleh kumpulan G-TEL berjaya mencuit hati penonton apabila seni bahasa itu ditonjolkan dalam bentuk satira dan parodi hantu berunsurkan seram dan jenaka yang cukup menghiburkan disamping mengetengahkan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai bahasa muhibbah. Turut diselitkan pertandingan Debat Terbuka Ala Parlimen oleh kumpulan ahli-ahli debat UMS yang bertajuk “Bahasa Teras Pembentukan Bangsa Malaysia” dan telah dimenangi oleh pasukan pembangkang yang telah diadili atas undian penonton. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Prof Madya. Dr. Shariff Abdul Kadir S.Omang.

Copyright © 2009 PORTAL BERITA sakap-sakap ja ba