Saturday, October 3, 2009

BERITA

SEKILAS
Sumber Harian Metro
i
Ahli MT Kena Tumbuk Berkali-Kali
Port Dickson-Ketika berjalan menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran penyokong parti pembangkang, ahli Majlis Tertinggi UMNO- Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk berkali-kali. Dalam kejadian pukul 9.30 pagi,beliau bersama dengan Menteri Perdangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob ada di persimpangan jalan menuju ke dewan mengiringi calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd. Isa Samad.
i
Siswi Dua Alam
Kuala Lumpur-Di siang hari, penampilan mereka bak muslimah sejati tetapi apabila tirai malam dibuka, hilang segala tudung,baju kurung atau jubah yang dipakai dan perwatakan mereka berubah 100%. Ada yang 'kemaruk' berhibur di disco atau karaoke. Lebih mengejutkan, ada yang 'lemas' dalam pangkuan lelaki yang jauh lebih berusia tetapi berpoket tebal.
i
Anak Mati Tergantung
Kota Bharu-Seorang remaja berusia 15 tahun ditemui mati tergantung di rumahnya pada sekitar 8.00 malam. Mangsa, Mohd. Amin ditemui oleh keluarganya selepas kembali dari tempat berniaga. Mangsa disifatkan sebagai seorang yang ceria dan peramah oleh penduduk sekitar. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut.
i
SMS Selamat Nyawa
Padang- "Tolong! Saya terperangkap. Ada dalam rumah, tepi tangga" demikian yang ditulis oleh Johnson Chandra ketika menghantar SMS kepada bapanya-900 KM dari Padang, dimana gegaran gempa bumi berlaku.-Reuters
i
Bala Ekori Kami Dari Aceh
Padang-Sepasang suami isteri sekali lagi terpaksa berdepan dengan bencana alam selepas berpindah dari Aceh lapan bulan yang lalu. Gempa bumi sekuat 7.6 magnitud mengembalikan igauan buruk pasangan terbabit selepas kejadian tsunami yang mengorbankan 130000 orang pada 2004.-Reuters

No comments:

Post a Comment