Tuesday, August 4, 2009

BERITA UMS

31 JULAI 2009, KOTA KINABALU: Kolej Kediaman E telah menganjurkan Program Motivasi@E yang membawakan penceramah terkemuka tanah air iaitu Yang Berbahagia Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula pada pukul 8.30pm hingga 11.30pm. Tajuk yang dikupas adalah "Lautan Ilmu Di Minda Mahasiswa", tetapi sebenarnya diskusi yang telah di bawa oleh Dato Fadzilah pada malam itu lebih dari lautan ilmu, bukan sahaja di minda mahasiswa, tetapi juga sebagai insan yang perlu tahu apa sbenarnya kehidupan yang sebenar dalam menongkah arus yang mendatang.

Antara perkara yang dibangkitkat ialah menegenai "jangan melawan fitrah". kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20% sahaja orang Islam yang bersolat lima waktu, oleh itu, motivasi mengajak muslimin dan muslimat serta hadirin yang datang agar mentaati ajaran agama masing-masing lantaran akan mendapt keredhaan daripada Tuhan.Banyak lagi perkara-perkara yang dimotivasikan, walaupun kadangkala penulis merasakan motivasi agak kurang sopan, seperti cara membuang air besar dan kecil dengan betul,perlakuan dengan suami dan isteri, dan sebagainya, namun perkara seperti itu telah membuka minda penonton dengan lebih ke arah kehidupan yang sempurna, natural, dan sihat yang sebenar.

Acara berlangsung selama dua hari iaitu hari pertama ceramah motivasi di Dewan Canselor, pada keesokan harinya pula, bengkel motivasi di Galeri Canselori. Hari kedua bengkel lebih menarik kerana para peserta dapat beramah mesra bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dengan lebih dekat lagi memandangkan bilangan peserta adalah terhad dan eksklusif. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada pengarah program motivasi@E, saudari Siti Mahyuni Asgari bersama felo penyalaras, En. Norlaji serta ahli jawatankuasa yang lain kerana bertungkus lumus menjayakan program ini.

Dato. Dr. Hj. Mohd. Fadzilah kamsah ketika menyampaikan ceramah

Hari kedua, bengkel motivasi@E bertempat di Canselori

Sesi fotografi dan autograf

Copyright © 2009 PORTAL BERITA sakap-sakap ja ba

No comments:

Post a Comment