Saturday, October 3, 2009

POLITIK

Senario Politik Di Malaysia
Isu politik di Malaysia tidak pernah reda. Selepas tsunami politik yang melanda, pelbagai insiden yang berkaitan dengan politik terus meletus bagaikan gempa bumi yang mengegarkan negara kita. Walau apa jua isu yang dibawa, kita faham bahawa tujuannya cuma satu, membangunkan negara bangsa kita ini. Kemerdekaan baru berlalu, namun senario politik di Malaysia dilihat belum lagi 'merdeka'. Mungkin hakikat ini sukar untuk difahami oleh golongan masyarakat sekeliling, hanya orang-orang politik yang memahami apa agenda perjuangan mereka. Pemimpin bertengkar sesama sendiri, mungkin mereka lupa kita ini bangsa Malaysia, apa gunanya 1Malaysia jika pemimpin sendiri gagal menunjukkan sikap yang sepatutnya kepada masyarakat? Isu debat dalam dewan parlimen yang mulia dicemari dengan kata-kata cacian, mungkin mereka lupa budi bahasa itu budaya kita. Kita hanya insan biasa, punyai kelemahan namun kita ada akal untuk berfikir, bukannya emosi untuk ditunjukkan. Martabat bangsa dan kemajuan negara hanya akan berjaya sekiranya pemimpin berjaya meyakinkan masyarakat bahawa mereka berjuang untuk rakyat, bukannya perjuangan parti politik yang diwakili semata-mata. Kesilapan hari ini tidak bermakna anda silap selamanya, juga kebenaran hari ini mungkin adalah penipuan pada masa akan datang. Sebagai bakal pemimpin generasi yang akan datang, mungkin wajar untuk pemimpin kini mendengar apa yang mereka inginkan, kadang kala kita kena mendengar apa jua kritikan sekiranya kita ingin membuat anjakan paradigma dalam masyarakat demi memajukan negara, bukanya politik semata-mata. Kita juga harus melihat pencapaian yang diperolehi dari negara luar, bagaimana mereka mengecapinya bukan hanya melihat dari sudut negatif atau isu perkauman serta perang agama yang berlaku. Namun, bagaimana pemimpin memimpin masyarakat mereka agar bersatu hati dan berjaya mencapai tahap tertinggi di mata dunia. Kita harus berada di luar kotak fikiran kita untuk menjadi realistik, bukan kerana kita lupa asal usul, tetapi demi meningkatkan martabat bangsa kita setaraf dengan bangsa di negara-negara maju yang lain.

No comments:

Post a Comment