Saturday, October 10, 2009

Berita

Sukan
sumber berita harian

Zamri tak rela putih mata
Pelumba negara, Mohd. Zamri Baba masih belum mahu mengalah dalam kempen saingan kategori SuperSports 600cc, pusingan 4 kejuaraan motosikal Asia berlangsung di Litar Madras, India hujung minggu ini. Berbaki tiga pusingan dengan enam perlumbaan, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia itu percaya kedudukan mahkota juara masih lagi terbuka buat semua pelumba termasuk dirinya. Kini katanya, misinya di India adalah merapatkan jurang antara Chalermpol dan Decha yang sentiasa konsisten pada setiap pusingan di litar sebelum ini.

Serena iringi kakak mara pusingan tiga
New York: Juara bertahan, Serena Williams menyertai kakaknya, Venus dalam pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka AS dengan rentak garang membelasah Melinda Czink dari Hungary 6-1,6-1, awal pagi semalam. Sementara itu, Venus dengan kaki kiri berbalut menewaskan pemain AS, Bethanie Mattek-Sands 6-4,6-2 dalam saingan yang tampak lebih mudah berbanding dua hari lalu ketika bergelut menewaskan pemain Russia, Vera Dushevina.-Reuters
i
Bolt tidak sertai 100m Liga Emas
BRUSSELS: Juara pecut dunia, Usain Bolt tidak akan bertanding menentang pemenangpingat perak dunia, Tyson Gay dalam acara 100 meter di kejohanan siri keenam dan terakhir Liga Emas, hari ini.Gay bagaimanapun akan berdepan rakan senegara Bolt dari Jamaica dan bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell, yang menamatkan kejohanan dunia dengan pingat gangsa di belakang pelari AS itu.

1 comment:

  1. Selamat Tahun Baru 2010! Layari UMSBlogger, komuniti bloggers 1 UMS.
    http://umsbloggers.blogspot.com

    ReplyDelete